??? : ??? ????? ????

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara WP Kuala Lumpur telah melaksanakan Table Top Exercise (TTX) Ops HutanΒ  Batu bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 17 Ogos 2022 bertempat di Mess Pegawai Kanan PDRM, Bukit Aman.

Penganjuran latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesiapsiagaan agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan keselamatan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya. Latihan tersebut juga memberi penambahbaikan dalam tatacara pengurusan keselamatan terutamanya bagi Arahan MKN No. 18: Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan dan Arahan MKN No. 21: Mekanisme Ancaman Ketenteraman Awam.

Program berkenaan telah diisi dengan taklimat oleh Bahagian Perisikan dan Pengurusan Krisis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya dan latihamal dikendalikan oleh pihak Maktab Polis Diraja Malaysia. Program dirasmikan oleh YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan turut dihadiri oleh YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Koordinasi dan integrasi antara pelbagai jentera Kerajaan (whole government approach) adalah prasyarat kepada keberkesanan pengurusan keselamatan negara sejajar dengan imej Kuala Lumpur & Putrajaya sebagai ‘Iconic City’ ” – YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut