WARGA LABUAN SAMBUT BAIK PELAKSANAAN PJMKM

WP LABUAN – Warga Labuan menyambut baik pelaksanaan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) MYGrocer@Wilayah yang dapat membantu meringankan beban rakyat.
Menurut Ketua Kampung Kerupang Rudy Nesar program itu mampu membantu golongan B40 berjimat dalam membuat perbelanjaan harian.
“Program ini memang bagus kerana ianya dilaksanakan dalam beberapa minggu dan ini boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan merancang perbelanjaan isi rumah,” katanya semasa ditemui pada program itu semalam.
Bagi Jaliha Arsat, 61, PJMKM menawarkan beberapa jenis barangan asas dengan harga yang lebih rendah.
“Kita boleh membeli barangan keperlua dengan harga yang lebih rendah, ini boleh mengurangkan kos perbelanjaan rakyat sekaligus membantu meringankan kos sara hidup rakyat di pulau ini,” katanya.
Seorang penjawat awam Hadi Hassan Wahid, 54 pula berharap program itu dapat diteruskan dari masa ke masa bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.
“Sebaiknya program ini perlu diteruskan untuk lebih lama kerana memang mendapat sambutan yang baik dan jenis barangan yang terlibat juga boleh ditambah bagi menambah pilihan pengguna terutamanya bagi mereka yang tidak berkemampuan,” katanya.
Majlis pelancaran PJMKM peringkat Labuan disempurnakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim semalam dan akan dilaksanakan selama lima bulan atau 18 minggu bermula dari 20 Ogos sehingga 31 Disember 2022 melibatkan tiga buah pasar raya di pulau itu.
Sumber: MalaysiaAktif
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …