JPJ PULAU PINANG LAKSANA OPS LEJANG BIL. 4/2022

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

JPJ Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Ops Lejang pada 20 Ogos 2022 di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong EU. Ops Lejang ini disertai oleh JSPT dengan kekuatan 1 pegawai & 9 anggota, Polis Bantuan dengan kekuatan 1 pegawai & 9 anggota serta 5 anggota PLUS.

Ops Lejang kali ini memberi penekanan utama terhadap :

  • motosikal yang di ubahsuai untuk tujuan perlumbaan, menguji kelajuan, lumba haram atau rempit,
  • kesalahan Tiada Lesen Memandu,
  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh dan Tiada Perlindungan lnsuran,
  • Tiada Cermin Sisi,
  • Mempamir No. Pendaftaran extream
  • lain2 kesalahan pengubahsuaian dibawah C&U.

Jumlah keseluruhan motosikal yang diperiksa adalah sebanyak 617 buah motosikal manakala jumlah keseluruhan notis yang dikeluarkan oleh JPJ adalah 218 notis.

Sumber : JPJ PULAU PINANG

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut