INSIDEN KEBAKARAN MEMUSNAHKAN 9 MOTOSIKAL DAN SEBUAH KERETA DI JELUTONG, PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

GEORGE TOWN, 19 Ogos 2022 – Satu kebakaran telah berlaku di Flat Jalan Kurau, Jelutong pada awal pagi 18 Ogos 2022 (Khamis) dan menyebabkan sembilan motosikal hangus manakala sebuah kereta yang diparkir berhampiran turut mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Pegawai Bomba Tinggi 1 Fadzil Mohamad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 pagi dan terus mengarahkan sebuah jentera dengan kekuatan anggota seramai lapan orang bergegas ke lokasi kejadian. Mengulas lanjut, pihaknya kini sedang meneliti kes bagi menilai jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, sama ada kejadian berpunca daripada perbuatan khianat atau sebaliknya.

Sumber rujukan : Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut