PULAU PINANG JADI LOKASI SIDANG MEJA BULAT KE-17 WIEF

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Pemulihan Pasca-Krisis Pandemik)

Sidang Meja Bulat ke-17 akan diadakan pada 27 September 2022 di Pusat Konvensyen Setia Spice, Pulau Pinang bagi membincangkan strategi pemulihan ekonomi yang berdaya tahan dan stabil di peringkat nasional dan global.

Program anjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ini akan dijalankan dengan penyertaan seramai 300 orang terdiri daripada ahli akademik, pembuat dasar dan polis, orang awam dan sebagainya.

Pengerusi Yayasan WIEF, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Pulau Pinang dipilih menjadi lokasi penganjuran majlis kerana negeri itu adalah lokasi pelaburan yang menarik dan terus berkembang maju hari ini. Sidang Meja Bulat itu juga dijangka akan menjana minat dan kesedaran pelbagai pihak termasuk dari luar negara tentang potensi ekonomi Pulau Pinang. Ia juga akan meningkatkan jaringan industri serta membantu pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang serta negara ini selepas pandemik Covid-19.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut