MASIH BANYAK ASET WARISAN NEGERI PULAU PINANG BERPOTENSI DIWARTA SEBAGAI WARISAN DUNIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 6: KEADILAN SOSIAL (Sosio-Budaya dan Identiti Nasional)

Pulau Pinang mempunyai pelbagai lagi aset warisan yang berpotensi tinggi untuk untuk diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, YB. Yeoh Soon Hin berkata sehingga kini Pulau Pinang hanya mempunyai dua tapak warisan yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu George Town dan Bukit Bendera sebagai tapak rizab biosfera. Bukit Bendera yang merupakan ‘Hill Station’ yang tertua yang dibangunkan pada tahun 1788 oleh empayar British.


Selain itu, Pulau Pinang juga terkenal di dunia dengan Warisan Kebudayaan Tidak Ketara seperti ‘Chingay’, makanan warisan dan kebudayaan Baba Nyonya. Malah, terdapat lebih 200 restoran nasi kandar di negeri ini yang mana sebahagian besarnya telah beroperasi lebih dari 100 tahun atau melangkaui tiga generasi. Oleh itu, wajar aset-aset yang ada ini sememangnya layak diiktiraf sebagai warisan dunia. YB. Soon Hin juga berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk menjadi negeri Pulau Pinang contoh terbaik dari segi pemuliharaan warisan.

Sumber : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut