MACAU SCAM @ PHONE SCAM

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)

Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) menerusi Face Book rasmi telah mengeluarkan pemakluman berkaitan penipuan Macau Scam.  Dimohon kita semua sentiasa WASPADA dan berhati-hati dengan situasi ini. Antara tindakan yang boleh diambil adalah :

1. JANGAN LAYAN panggilan telefon dari nombor atau pihak yang tidak dikenali.
2. JANGAN TAKUT atau CEMAS jika anda dihubungi dan dimaklumkan bahawa anda terlibat dengan jenayah.
3. BERITAHU kenalan tentang panggilan telefon yang diterima. Jangan percaya pada ugutan Akta Rahsia Rasmi yang sering digunakan scammer.
4. JANGAN DEDAHkan maklumat perbankan atau kewangan anda kepada mana-mana individu.
5. Pihak penguatkuasa tidak menjalankan siasatan melalui telefon.
6. SEMAK dengan pihak berkaitan sebelum meneruskan urusan atau transaksi bayaran. Hubungi CCID Scam Response Center di 03-2610 1559/1599 untuk pertanyaan lanjut.

Berikut dikongsikan infografik yang disediakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD SPU berkaitan macau scam.

Sumber : FB Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD SPU

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut