Laporan/foto : Md Khairul Azad Yunus/KRT Rancha-Rancha
LABUAN, 16 Ogos (Malaysiaaktif) – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Rancha-Rancha mengajak penduduk setempat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Menurut Pengerusinya Alias Asri, 47, mereka memasang dan mengedarkan kira-kira 300 helai Jalur Gemilang kepada penduduk kampung tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan 2022.
“KRT telah memasang 100 helai Jalur Gemilang di laluan utama dan lokasi tumpuan orang ramai di kampung tersebut selain mengedarkan 200 helai Jalur Gemilang ke rumah-rumah penduduk kampung dan kepada pengguna jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR).
“Saya berharap penduduk kampung tidak ketinggalan untuk mengibarkan bendera Jalur Gemilang di premis dan kenderaan masing-masing,” katanya yang ditemui semalam.
SUMBER : FACEBOOK MALAYSIA AKTIF


