TASKFORCE PEMBERSIHAN TIANG LAMPU DI SEKITAR PARLIMEN SEGAMBUT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Pejabat Cawangan Parlimen Segambut, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrik, Jabatan Penguatkuasaan dan Jabatan Pengangkutan Bandar DBKL telah menjalankan kerja-kerja pembersihan tiang lampu di sekitar Parlimen Segambut pada malam semalam.

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti menurunkan gegantung iklan haram yang terdapat di tiang lampu, kerja-kerja pencucian tiang lampu dan juga mencabut dawai-dawai besi yg terdapat di tiang lampu.

Operasi yang telah bermula jam 10 malam ini berakhir pada 12 malam telah berjalan dengan lancar. Operasi ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Azlinda binti Saidin, Pengurus Kawasan Parlimen Segambut.

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut