Sebagai salah satu cara dalam mendidik warga kota untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya yang bersih dan indah adalah melalui tindakan penguatkuasaan.
Sehubungan dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar telah menjalankan satu operasi penguatkuasaan litter free zone di sekitar Jalan Bukit Bintang pada malam semalam. Didalam operasi tersebut sebanyak 20 kompaun telah dikeluarkan dibawah Seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Banggunan. Antara bentuk kesalahan yang telah dilakukan adalah seperti membuang puntung rokok atau sampah di atas siarkaki di hadapan premis atau tempat awam.
Warga kota yang dikenakan kompaun telah memberi kerja sama yang baik kepada kakitangan DBKL dan akur dengan kesalahan mereka. Operasi seperti ini akan dijalankan lagi dari semasa ke semasa.
SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR