DBKL TURUN PADANG PANTAU HARGA BARANG

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga kota terutamanya mengenai kenaikan harga barang asas di Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu pada hari ini DBKL melalui Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL telah menjalankan tinjauan harga barangan asas di beberapa pasaraya dan pasar harian sekitar Wangsa Maju.

Antara harga barangan yang dipantau adalah seperti ayam mentah, beras 5kg, susu pekat, minyak masak 2kg, tepung gandum 1kg, gula pasir 1kg, telur ayam gred B dan santan kotak.

Hasil tinjauan di lokasi yang terbabit mendapati harga-harga barang yang dijual masih lagi di bawah harga syiling seperti mana yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Mengetuai sesi tinjauan pada hari ini adalah YBhg Datuk Hj Azmi Bin Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL yang turut menjalankan tugas-tugas Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL buat sementara waktu.

 

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut