OPERASI BERSEPADU KPDNHEP CAWANGAN GUA MUSANG BERSAMA JPJ GUA MUSANG KELANTAN

 

GUA MUSANG 13 Ogos : Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Cawangan Gua Musang telah menjalankan Operasi Bersepadu bersama Agensi (OPS Lejang) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan di Sekatan Jalan Raya, Stesen Penguat Kuasa JPJ Mentara, Gua Musang Kelantan disini hari ini.
Kerjasama KPDNHEP dalam Operasi Bersepadu ini dijalankan selama 3 hari bermula Khamis 11 Ogos 2022 dan tamat hari ini, melibatkan pemeriksaan barang kawalan berjadual dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta yang dikuatkuasakan KPDNHEP dan lain-lain perundangan Jabatan dan Agensi.
Antara Jabatan dan Agensi terlibat adalah Jabatan Pengangkutan Jalan merangkap urusetia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan.
Turut diadakan pemeriksaan ke atas kenderaan perdagangan yang melalui SJR semasa operasi dijalankan.
KPDNHEP sentiasa bekerjasama dengan semua agensi bagi memperkasakan lagi keberadaan Pegawai Penguat Kuasa dalam membanteras ketirisan barang kawalan di pintu masuk antara negeri.
Semasa dilokasi keadaan di Sekatan Jalan Raya kurang kenderaan yang menghala keluar dan masuk ke Negeri Kelantan melalui Merapoh, Pahang dan pemeriksaan tahan secara fokus kepada kenderaan perdagangan yang mencurigakan yang melalui SJR telah dilaksanakan.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut