LABUAN, 11 Ogos (Malaysiaaktif) – Jalur Gemilang mula berkibar megah di pelusuk Labuan sejak awal bulan Ogos ini.
Tinjauan mendapati warga Labuan mula mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan, bangunan kerajaan, institusi pendidikan, rumah-rumah ibadah dan rumah kediaman.
Perbadanan Labuan juga dilihat mengambil inisiatif memenuhi bandar Labuan dengan pemasangan Jalur Gemilang di jalan-jalan utama dan lokasi-lokasi tumpuan umum.
Jabatan Penerangan Labuan turut giat menjalankan hebahan Kempen Kibar Jalur Gemilang bersempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 dan telah mengedarkan Jalur Gemilang kepada semua ketua kampung di wilayah itu.
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunu/Jeffrey Nian (Labuan)
SUMBER : FACEBOOK MALAYSIA AKTIF



