DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)
Prinsip Rukun Negara yang kelima ini membawa makna bahawa rakyat Malaysia haruslah bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik. Pengalaman prinsip Kesopanan dan Kesusilaan ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatusila dapat membentukΒ masyarakat yang bersatu-padu.
Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyrakat majmuk, di mana rakyat harus saling hormat-menghormati dan bertoleransi.
Akar tradisi dan budaya rakyat Malaysia yang penuh tatasusila dan kesopanan seharusnya dipelihara dan diamalkan supaya masyarakat bebas daripada kebudayaan falsafah liberalisme yang boleh merosakkan akhlak dan moral masyarakat.