DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap laporan pihak tidak bertanggungjawab yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, setiap aduan berhubung perkara tersebut akan disiasat sebelum tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan kuasa di bawah Bahagian VI Akta Pergigian 2018 (Akta 804).
Beliau memaklumkan, untuk tindakan penguatkuasaan, risikan dan siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti bagi memastikan elemen kesalahan dapat dibuktikan tanpa dilakukan dengan tergesa-gesa. Beliau turut berkata, kegiatan pengamal haram itu yang turut meliputi pihak yang memberi khidmat latihan kepada pengamal pergigian haram boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk dan mengancam kesihatan masyarakat.
Sumber rujukan: