RAJA DI HATI BANGSA JOHOR: KEBERANGKATAN DYMM SULTAN JOHOR KE DAERAH MUAR

Menjunjung Kasih Tuanku

Pada 9 Ogos 2022, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berbesar hati untuk mencemar duli turun ke Daerah Muar bagi bertemu dengan rakyat. Keberangkatan DYMM Sultan Johor itu disambut meriah oleh rakyat berbilang bangsa. DYMM Tuanku Sultan Johor telah meluangkan masa bersama-sama dengan masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun. DYMM Sultan Johor tidak dapat berangkat menemui rakyat-rakyat Baginda diseluruh daerah selama hampir dua tahun berikutan pandemik COVID-19, namun Baginda sentiasa membantu golongan memerlukan secara berterusan.

Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. Mengiringi Baginda Tuanku Sultan pada lawatan itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

Sumber gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut