PEMERIKSAAN BAS EKSPRESS

NEGERI SEMBILAN, 09 OGOS 2022

Unit Operasi JPJ Negeri Sembilan telah menjalankan pemeriksaan Bas Ekspres di Terminal 1, Seremban Negeri Sembilan. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memastikan semua kenderaan perkhidmatan awam terutama bas ekspres mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan seperti memastikan bas dalam keadaan baik dan memuaskan, pemandu mempunyai lesen memandu yang sah, pemeriksaan buku log pemandu bagi memastikan pengusaha bas menyediakan pemandu kedua bagi perjalanan bas melebihi 300km atau perjalanan 4 jam berterusan di patuhi sepenuhnya oleh pemandu dan pengusaha bas ekspres.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada pemandu serta pemilik yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah dibawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan komited bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan kepada pengguna jalan raya agar ‘Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai’ ke destinasi serta mengurangkan statistik kemalangan jalan raya terhadap kenderaan perkhidmatan awam.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta dengan butiran lengkap pemgadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: Facebook JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut

“𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗘𝗦𝗦..?”

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Dalam suasana …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗟𝗜 𝗣𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗗𝗔𝗥

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut