Syabas & Tahniah!!
Mohamad Aniq Kasdan berusia 20 tahun, anak kelahiran Segamat, Johor telah mengharumkan nama Malaysia selepas meraih pingat emas pertama pada temasya Sukanย ย Komanwel Birmingham 2022 menerusi acara angkat berat kategori 55 kilogram lelaki dengan jumlah 249 kilogram, yang juga merupakan rekod baharu Sukan Komanwel.
Badang negara berusia 20 tahun itu telah berpeluang bertemu dengan DYMM Sultan Johor semasa Lawatan Rasmi Tuanku ke Daerah Segamat dan turut menerima sumbangan peribadi daripada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Manakala Shah Firdaus Sahrom pula telah mencipta kejutan dengan berjaya merangkul pingat gangsa bagi acara lelaki keirin pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri akan menghadiahkan RM10,000 bagi Aniq Kasdan dan RM6,000 bagi Shah Firdaus atas kejayaan mengharumkan nama negara dan negeri. Semoga kemenangan ini turut menyuntik dan membakar semangat atlet-atlet muda Johor lain dalam menjulang nama negeri dan negara di persada dunia.
Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohorย
DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 9: PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA
Sumber gambar:ย Onn Hafiz