KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN PENCEGAHAN JENAYAH MALAYSIA, KUALA LUMPUR (MCPF KL)

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2022 – YDH CP Dato’ Azmi bin Abu Kassim, Ketua Polis Kuala Lumpur diiringi YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat di Pejabat Ketua Polis Kuala Lumpur, Tingkat 12, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Tetamu yang hadir adalah YBhg. Tan Sri Tan Kean Soon, Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur; YBhg. Dato’ Eric Yong, Naib Pengerusi 2, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur dan En. Yanthitiren Saminathan, Setiausaha Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Kuala Lumpur.

Turut hadir daripada Polis Kuala Lumpur adalah ACP Shafee bin Abd Samad, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Perancangan Strategik) Polis Kuala Lumpur, Supt. Lai Lee Peng, Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Polis Kuala Lumpur dan DSP Azri bin Ramli, DSP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Polis Kuala Lumpur.

Sumber : POLIS KL

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut