JIM CEKUP TEKONG, PATI DI RUMAH TRANSIT

 

Pasir Mas,08 Ogos 2022- Hasrat enam orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai memasuki Malaysia melalui pengkalan haram untuk bekerja terbantut apabila sebuah rumah transit di Pasir Mas diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Kelantan pada jam 3.30 petang semalam.
Hasil serbuan di lokasi iaitu sebuah rumah dalam pembinaan, pasukan serbuan berjaya menahan enam orang warga asing lelaki dipercayai warga Myanmar serta seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai tekong darat.
Kesemua yang ditahan berusia 19 hingga 50 tahun itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Kesemua PATI disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 dan tekong terbabit disiasat dibawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut