JANGAN TERPEDAYA DENGAN ‘MACAU SCAM’ !

Pesanan Khidmat Masyarakat berkaitan dengan penipuan secara atas talian tau lebih dikenali sebagai ‘Macau Scam’ yang sering berlaku. Jika anda mendapat panggilan yang mencurigakan, laksanakan beberapa langkah yang telah dicadangkan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia:
1. JANGAN LAYAN panggilan telefon dari nombor atau pihak yang tidak dikenali.
2. JANGAN TAKUT atau CEMAS jika anda dihubungi dan dimaklumkan bahawa anda terlibat dengan jenayah.
3. BERITAHU kenalan tentang panggilan telefon yang diterima. Jangan percaya pada ugutan Akta Rahsia Rasmi yang sering digunakan scammer.
4. JANGAN DEDAH atau KONGSI sebarang maklumat perbankan atau kewangan anda kepada mana-mana individu.
5. HARUS DIINGAT bahawa pihak penguatkuasa tidak menjalankan siasatan melalui telefon terutamanya menggunakan nombor peribadi.
6. SEMAK dengan pihak berkaitan sebelum meneruskan urusan atau transaksi bayaran. Hubungi CCID Scam Response Center di 03-2610 1559/1599 untuk pertanyaan lanjut.

 

Bersama kita mencegah jenayah penipuan siber ini dan sentiasa bijak dalam menghadapi sebarang ancaman penipuan siber ini.

“KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA’

sumber info & grafik : FB (Cyber Crime Alert Royal Police)

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut