AKSB GANTI 103KM PAIP LAMA, TINGKAT KAPASITI BEKALAN AIR

 

TANAH MERAH – Kerajaan Negeri Kelantan amat mengambil berat isu bekalan air dan sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti bekalan air di seluruh negeri.
Antara pendekatan yang diambil melalui Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) ialah dengan mengurangkan Air Tidak Berhasil (NRW) dengan penukaran paip-paip lama secara berperingkat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Dato’ Sr Azami Mohd Nor berterima kasih kepada pihak Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) kerana meluluskan dua pakej penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip Lama dengan paip baharu melalui OP3-19 Negeri Kelantan.
Berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Penggantian Paip Lama seluruh Negeri Kelantan (Pakej 1) di Surau Taman Indah Tanah Merah, semalam, beliau memaklumkan di bawah Pakej 1 ini, dianggarkan sepanjang 103 kilometer paip lama akan diganti dengan paip baharu yang melibatkan kos RM 61.5 juta.
“Pakej 1 ini melibatkan Jajahan Kota Bharu bahagian Timur, Machang dan Kuala Krai.
Jangkaan pelaksanaan projek penukaran paip ini dianggarkan memakan masa selama dua tahun,” ujarnya.
Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood, ADUN Manik Urai, ADUN Mengkebang, Ketua Pegawai Eksekutif PAAB dan Pengurus Besar AKSB.

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut