??????? ‘???????’ ?????????? ????? ????? ????? ?????? ??????? ???????? ???? ??? ?????? ????????? ??? ??????? ????? ?????? ????? ????, ????? ??????

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

 

Program Perjumpaan Ketua Polis Pulau Pinang Bersama Komuniti Flat Sri Pinang Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut telah diadakan pada 8 Ogos 2022 di Bilik Mesyuarat Badan Pengurusan Flat Taman Sri Pinang, Pulau Pinang.

Program ini diadakan bagi membincangkan serta mendapatkan maklum balas permasalahan masyarakat atau penduduk setempat khususnya berkaitan jenayah di samping mengatur perancangan yang strategik bagi memastikan kawasan komuniti sentiasa selamat dan tenteram. Masyarakat setempat haruslah sentiasa peka pada isu semasa dan kegiatan jenayah di kawasan tempat tinggal mereka.

YDH Ketua Polis Pulau Pinang telah memberikan peringatan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai Jenayah Komersil terutamanya melibatkan penipuan jenayah dalam talian yang menunjukan peningkatan kes pada tahap yang membimbangkan dan seterusnya mengelakkan orang ramai dari menjadi mangsa kepada jenayah tersebut.

Sumber : IPD Timur Laut

Artikel/Berita Terkini

PEMBELI DESAK PEMAJU SIAPKAN RUMAH PROJEK SAKIT

Impian menduduki mahligai baharu pada Januari lalu musnah apabila projek pembinaan kira-kira 200 unit sebuah taman perumahan di Lenggeng di …
Maklumat Lanjut

80 RUMAH DI DUA KAMPUNG TERJEJAS RIBUT

Dianggarkan sebanyak 80 rumah di Kampung Baru Ayer Hitam dan Felda Lui Barat mengalami kerosakan akibat dilanda ribut sekitar jam …
Maklumat Lanjut

SUSPEK MILIKI 23 REKOD JENAYAH CUBA LARI DARI POLIS, REMPUH DUA KENDERAAN

Tindakan mencurigakan sebuah kenderaan di Jalan Tampin-Seremban awal Ahad membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang daripadanya mempunyai 23 rekod …
Maklumat Lanjut