- JANGAN LAYAN panggilan telefon dari nombor atau pihak yang tidak dikenali.
- JANGAN TAKUT atau CEMAS jika anda dihubungi dan dimaklumkan bahawa anda terlibat dengan jenayah.
- BERITAHU kenalan tentang panggilan telefon yang diterima. Jangan percaya pada ugutan Akta Rahsia Rasmi yang sering digunakan scammer.
- JANGAN DEDAHkan maklumat perbankan atau kewangan anda kepada mana-mana individu.
- Pihak penguatkuasa tidak menjalankan siasatan melalui telefon.
- SEMAK dengan pihak berkaitan sebelum meneruskan urusan atau transaksi bayaran. Hubungi CCID Scam Response Center di 03-2610 1559/1599 untuk pertanyaan lanjut.
SUMBER: CYBER CRIME ALERT ROYAL MALAYSIA POLICE