DUA PREMIS JUAL BARANG TIRUAN DISERBU KPDNHEP DI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang telah menyerbu dua premis disyaki menjual barangan tiruan berjenama antarabangsa di Gelugor dan Jelutong. Serbuan itu melibatkan 11 pegawai serta dua wakil pemilik cap dagangan.

Menurutnya, serbuan pertama di Kampung Kastam, Gelugor melibatkan premis menjual pakaian, kasut, tali pinggang, topi dan beg manakala serbuan kedua pula di sebuah rumah di Lintang Sungai Pinang, Jelutong.

KPDNHEP telah menyita 44 buah beg, 37 helai t-shirt, 78 pasang selipar, 16 unit tali pinggang, 15 unit topi disyaki tiruan bernilai M9,130 dalam serbuan tersebut. KPDNHEP turut merampas 336 minyak wangi bernilai RM5,376 disyaki menggunakan cap dagangan palsu di lokasi kedua. Seorang lelaki tempatan yang merupakan pemilik rumah ditahan.

Sumber : KOSMO

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut