DBKL, JAWI, PDRM, JPN DAN JIM JALANKAN OPERASI BERSEPADU

KUALA LUMPUR, 5 OGOS 2022 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama agensi sahabat terdiri daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan (JIM) telah menjalankan Operasi Bersepadu Premis Hiburan Siri 5/2022 di sekitar Jalan Doraisamy, Jalan Ampang, Taman Tynton View, Jalan Shelly dan Jalan Mayang Kuala Lumpur tengah malam tadi dan berakhir pada jam 3.30 pagi pada 05 Ogos 2022 (Jumaat).

Hasil pemeriksaan bersama yang telah dijalankan di sembilan (9) buah premis hiburan, DBKL telah mengenakan tindakan penutupan (sealed) serta merta dan sita peralatan terhadap empat (4) buah premis di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 4 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (muzik) tanpa kebenaran dan 2 notis di bawah Kaedah 27, Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993 menjalankan aktiviti hiburan melebihi waktu yang telah ditetapkan DBKL.

Sementara itu, 4 buah premis hiburan turut dikenakan 5 notis kompaun berikutan menggajikan warga asing tanpa dan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dibawah Undang Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016.

DBKL turut membuat *tindakan sita terhadap 28 pelbagai peralatan muzik keatas 5 buah premis berkenaan melibatkan spinner, light controller, karaoke system player, cordless mic, speaker, komputer riba, mixer, equalizer, monitor dan sound controller .

Menerusi semakan dan pemeriksaan pasukan agensi sahabat terhadap 96 orang pengunjung / pelancong luar negara yang hadir ke premis hiburan oleh pihak JIM, PDRM, JPN dan JAWI melibatkan warga negara asing dan warga negara tempatan, pihak JAWI telah menahan 14 orang warga tempatan yang beragama Islam terdiri daripada 12 orang lelaki dan 2 wanita untuk tindakan lanjut dan telah diberikan Surat Perintah Hadir (SPH) ke Bahagian Penguatkuasaan JAWI menerusi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).

Kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara. Kerjasama tindakan penguatkuasaan bersepadu ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut