TRIVIA KEMERDEKAAN: PRINSIP RUKUN NEGARA (KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (SEMANGAT PATRIOTISME)

Berdasarkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan, semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi kuasa yang lain. Seseorang yang patuh dan taat setia kepada ajaran agamanya mempunyai budi pekerti yang mulia serta sifat-sifat terpuji. Keteguhan iman dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum adalah sikap terpuji.

Agama menjadi unsur penting dalam membentuk rohani sesebuah masyarakat. Di dalam Perlembagaan Persekutuan telah ditetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas. Perkara 11 dan 12(2) Perlembagaan Persekutuan memberikan kebebasan kepada setiap penganut agama mengamalkan kepercayaan masing-masing. Mereka juga bebas mengurus institusi-institusi agama mereka.

Namun, adalah menjadi penegasan bahawa sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini.

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut