PULAU PINANG RAKAN KONGSI RASMI PERTAMA MATTA ONLINE

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 5: KEUTUHAN EKONOMI (Keutuhan Ekonomi)

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin memaklumkan bahawa Pulau Pinang telah dipilih sebagai rakan kongsi rasmi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Online pertama dalam usaha mengaktifkan semula industri pelancongan di negeri ini.

Menurut beliau lagi, usahasama itu akan menawarkan kepada pelancong alternatif lain untuk menempah penginapan selain akan mengembangkan lagi aktiviti promosi yang ditawarkan melalui pelbagai platform e-dagang, yang menjadi semakin penting sejak penularan Covid-19. Menyedari potensi platform e-dagang yang semakin berkembang, Pelancongan Negeri Pulau Pinang menyifatkan usahasama itu sebagai sebahagian daripada inisiatif pendigitalan Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinang.

MATTA Online merupakan platform ahli persatuan terdiri daripada ejen pelancongan dan pengendali pelancongan babitkan hotel, syarikat penerbangan, pusat tarikan, taman tema dan penyedia pelancongan lain. Ia juga satu platform yang membolehkan ahli MATTA memasarkan terus produk mereka kepada pengguna selaras dengan peningkatan permintaan rakyat untuk perjalanan domestik dan luar negara.

Sumber Rujukan : SINAR HARIAN & BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut