668 LADANG DI KELANTAN TERIMA SIJIL MYGAP, MYORGANIK

 

BACHOK – Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan (JPNK) atas kejayaan meletakkan Kelantan di tempat kedua tertinggi yang mendapat persijilan MYGAP dan Myorganik.
“Sehingga tahun 2020, sebanyak 668 ladang di negeri Kelantan telah menerima sijil tersebut,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan (HPPNK) 2022 pada 21 Julai lalu.
Menurutnya JPNK juga berjaya membangunkan 3,320 hektar daripada 4,814 hektar tanah terbiar iaitu 70 peratus telah diusahakan.
Manakala bagi sektor penternakan pula, beliau berkata, Kelantan mempunyai potensi besar terhadap perkembangan aktiviti hiliran kerana mempunyai kekuatan sebagai pengeluar unggul lembu pedaging hibrid berkualiti di Malaysia kerana 12,400 induk lembu diternak di Kelantan.
Menurutnya lagi, dalam sektor perikanan pula, hasil tangkapan bagi laut pantai dan laut dalam telah menyumbang 58,279 metrik tan dengan nilaian RM525 juta yang melibatkan 5,500 nelayan.
Selain itu katanya, Kelantan juga berpotensi dalam memajukan bidang akuakultur kerana terdapat 1,100 penternak terlibat dalam penternakan ikan. Rekod bagi tahun 2020 mencatatkan, terdapat 6,022 tan metrik dengan nilaian RM49 juta pengeluaran akuakultur di negeri Kelantan bagi semua jenis komoditi dan yang paling utama ialah pengeluaran bagi ternakan ikan air tawar.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut