PROGRAM MKN NEGERI SABAH BERSAMA KOMUNITI DI KG. SUNGAI BUAYA BATU 3, TAWAU SABAH

Tawau Sabah : 23 Julai 2022: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah mengadakan Program Bersama komuniti  di Kg. Sungai Buaya Batu 3, Tawau.  Program tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesehatan Daerah Tawau, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program tersebut diadakan bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan negara bukan terletak di bahu kerajaan melalui dasar kepolisian dan dasar ketenteraan semata- mata tetapi perlu juga digalas bersama oleh segenap lapisan masyarakat.

Program ini juga mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam memelihara keselamatan melalui konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti yang mengandungi 5 komponen iaitu setiap individu dalam komuniti, penggerak utama komuniti, sukarelawan, wakil kerajaan dalam komuniti dan media.

Program tersebut juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah secara percuma kepada penduduk kampung serta demonstrasi berkaitan tatacara memadamkan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan dimeriahkan lagi dengan kehadirian agensi kerajaan yang berkaitan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut