Kunak Sabah : 30 Julai 2022: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah melalui Pejabat Wilayah Tawau telah mengadakan Program Bersama komuniti di Kg. Kunak jaya, Kunak. Program tersebut melibatkan beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesehatan Daerah Kunak, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Program tersebut diadakan bertujuan menyampaikan mesej kepada masyarakat setempat bahawa tanggungjawab menjaga keselamatan negara bukan terletak di bahu kerajaan melalui dasar kepolisian dan dasar ketenteraan semata- mata tetapi perlu juga digalas bersama oleh segenap lapisan masyarakat.
Program ini juga mengajak rakyat bersama-sama terlibat dalam memelihara keselamatan melalui konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti yang mengandungi 5 komponen iaitu setiap individu dalam komuniti, penggerak utama komuniti, sukarelawan, wakil kerajaan dalam komuniti dan media.
Program tersebut juga turut menyediakan pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Daerah secara percuma kepada penduduk kampung serta demonstrasi berkaitan tatacara memadamkan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung dan dimeriahkan lagi dengan kehadirian agensi kerajaan yang berkaitan.
#Dknmy