OPS TAPIS PDRM BERSAMA JPJ DAN AADK NEGERI KELANTAN

 

Kota Bharu – 27 Julai 2022 ; Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Negeri Kelantan telah mengetuai OPS Tapis bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kelantan di Terminal Bas Lembah Sireh pada malam tadi.
Tujuan OPS Tapis dijalankan adalah mengesan pemandu dan penumpang bas yang menyalahgunakan dadah serta aktiviti pengedaran dadah di sekitar lokasi.
Kaedah perlaksanaan operasi PDRM dan AADK akan membuat saringan terhadap pemandu dan penumpang secara rawak bagi mengesan penyalahgunaan dadah melalui saringan air kencing. Manakala JPJ pula membuat pemeriksaan bas serta pemandu Bas Ekpress sebelum memulakan perjalanan.
Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh PDRM dan AADK berjaya membuat 17 saringan air kencing secara rawak kepada penumpang dan pemandu bas dan keputusan kesemua keputusan saringan air kencing adalah negatif.
Operasi ini bermula dari jam 8.00 malam dan berahir jam 10.30 malam. Ops ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membendung penyalahgunaan dadah di kalangan pemandu dan penumpang bas.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut