ARCA JERAMI PADI DI KAMPUNG TERUS, PULAU PINANG DIBAKAR DIPERCAYAI ANGKARA KHIANAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Satu daripada 17 arca jerami padi yang direka dan dipertandingkan semasa Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang di Kampung Terus, Penanti baru-baru ini hangus terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat. Arca berbentuk pondok tradisional itu dibina oleh penduduk tempatan dan telah dipilih sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan yang diadakan.

Menurut Exco Agroteknologi, Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin, arca jerami padi tersebut dilaporkan terbakar Khamis lalu, kira-kira jam 11.50 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San mengesahkan telah menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Sumber rujukan : Buletin Mutiara

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …