PROGRAM LDP: TEKNIK MENYELAMAT DAN MEMINDAH MANGSA BANJIR IDP DANG WANGI

KUALA LUMPUR, 28 JULAI 2022 – YDH Supt Naazron bin Abdul Yusof, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah hadir Program Latihan Dalam Perkhidmatan Teknik Menyelamat dan Memindahkan Mangsa Banjir IPD Dang Wangi di Taman Metropolitan, Kepong Kuala Lumpur.

Turut hadir semua Ketua Bahagian dan semua Ketua Polis Balai. Tenaga pengajar bagi Latihan Dalam Perkhidmatan ini adalah Tuan Azam bin Alip, Pegawai Bomba Kanan II, Pasukan Penyelamat di Air, Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, dan Tuan Abu Zaharin bin Abu Hasan, Pasukan Penyelamat Air, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Seramai 20 orang Pegawai Rendah Polis dari IPD Dang Wangi telah terlibat dengan kursus ini. Program ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan berkaitan pengendalian bot enjin sangkut serta teknik menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.

SUMBER: POLIS DANG WANGI

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut