PROGRAM BAYI HIJRAH SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL (Hubungan Persekutuan-Negeri)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Simbolik Penyerahan Hadiah Barangan Bayi Hijrah kepada pihak pentadbiran Hospital Pulau Pinang (HPP), pada 28 Julai 2022, bertempat di Bilik Seminar, Bangunan ACC, Hospital Pulau Pinang,

Majlis simbolik ini merupakan kemuncak kepada Program Bayi Hijrah yang telah dilaksanakan di Hospital-hospital Daerah dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah pada 26 dan 27 Julai 2022, bersempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1444H.
Pemberian hadiah ini adalah kepada bayi yang lahir sempena tahun baru hijri dan merupakan tanda ingatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di samping meraikan kegembiraan ibu bapa menyambut ahli baru dalam keluarga.
Majlis ini turut dihadiri oleh Puan Rohaizam binti Abdul Rahim selaku wakil Pemangku Pengarah JHEAIPP dan Dr. Ibrahim Tahir bin Dato’ Dr. N. Anwar, Timbalan Pengarah Perubatan HPP. Semoga program ini dapat memberikan kegembiraan kepada keluarga penerima dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara JHEAIPP dan HPP.

Sumber : FB Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut