PERSIDANGAN SECARA MAYA VIRTUAL CONFERENCE ON LOCAL AUTHORITY IN URBANISATION AND GOVERNANCE

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 7: PEMBANGUNAN MAMPAN (Impak Pembangunan Bandar dan Luar Bandar)

Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menganjurkan satu persidangan secara maya iaitu “Virtual Conference On Local Authority In Urbanisation And Governance”.

Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Bin Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui ucaptama dan Datuk M Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyempurnakan majlis penutup.

Program yang disertai oleh peserta-peserta dari 13 negara dalam Asean-Plus Three dan juga pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia dan agensi-agensi yang lain mengutarakan perkongsian ilmu dan informasi mengenai amalan serta urustadbir terbaik dalam membangunkan semula persekitaran bandaraya dari semua aspek setelah menghadapi cabaran pandemik covid-19 dan perubahan iklim.

YBhg. Dato’ Ar. Yew Tung Seang, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah diundang sebagai salah seorang panelis bagi topik “Future Prospects For Liveable and Sustainable Life in Cities” pada persidangan secara maya ini.

Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut