KPDNHEP NEGERI PULAU PINANG MEMPERKASAKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 28 Julai 2022 (Khamis), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan aktiviti penguatkuasaan di premis-premis sekitar negeri. Antara daerah yang terlibat adalah Timur Laut (kawasan Georgetown dan Jalan Anson), Seberang Perai Utara (kawasan Tasek Gelugor) dan Seberang Perai Tengah (kawasan Bukit Minyak).

Sebanyak 43 buah premis telah diperiksa dan melibatkan kekuatan anggota seramai 15 orang Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP. Antara aktiviti penguatkuasaan adalah meliputi Pemeriksaan Ops Catut 9.0, Pemeriksaan Tanda Harga, Pemeriksaan Penentuan Harga Maksimum Ayam & Telur Ayam, Pemeriksaan Bekalan Tepung Gandum, Bekalan Minyak Masak dan Pemeriksaan Alat Timbang Sukat, Ops ATM & Ops Anti Sorok serta pemeriksaan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan di bawah kementerian.

Orang ramai boleh membuat aduan jika terdapat salah laku mengenai kepenggunaan melalui talian telefon, iaitu 04-2552456 (KPDNHEP Cawangan Timur Laut), 04-5751703 (KPDNHEP Cawangan Seberang Perai Utara) serta Emel ke e-aduan.kpdnhep.gov.my.

Sumber rujukan : KPDNHEP Pulau Pinang

Artikel/Berita Terkini

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut

PELANCONGAN KEKAL TERAS PEMACU EKONOMI SABAH

RASMI: Christina yang mewakili Ketua Menteri memalu gong sebagai simbolik pelancaran ASEAN Travel Exchange (ATEX 2025) hari ini. KOTA KINABALU: …
Maklumat Lanjut

RAPTAI PENUH ISTIADAT PERBARISAN BERJALAN LANCAR

BINCANG: Leftenan Kol. Alphonsus menjelaskan sesuatu kepada Joachim (kiri). KOTA KINABALU: Cuaca baik kelmarin membolehkan raptai penuh Istiadat Perbarisan  sempena …
Maklumat Lanjut