GARIS PANDUAN PENGOPERASIAN TEMPAT INAP PERSENDIRIAN PULAU PINANG DIJANGKA BERKUATKUASA MULAI TAHUN 2023

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)

Negeri Pulau Pinang dijangka akan menguatkuasakan Garis Panduan Pengoperasian Tempat Inap Persendirian bagi skim bangunan berstrata dan skim rumah atas tanah bermula Januari 2023. Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo, garis panduan tersebut telah siap digubal melebihi 90 peratus sebelum dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang.

Dalam kenyataan lanjut semasa sidang media selepas menyempurnakan Sesi Libat Urus Tempat Inap Persendirian Pulau Pinang pada 28 Julai 2022 di KOMTAR, beliau berkata garis panduan itu merupakan hasil penggemblengan idea oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi-agensi berkaitan sejak Disember tahun lalu.

Difahamkan bahawa Pulau Pinang mempunyai 2,511 skim berstrata merangkumi 326,464 unit kediaman dan merupakan negeri ketiga yang mempunyai bangunan bertingkat terbanyak di Malaysia.

Info lanjut boleh didapati melalui Sinar Harian dan Buletin Mutiara

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut