PROGRAM ‘TALK TO US’ BALAI POLIS PANTAI

KUALA LUMPUR 27 JULAI 2022  – Program ‘Talk To Us’ Balai Polis Pantai telah diadakan di Bangsar Village Pekan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Sjn Badrul Hisham bin Senapi, Penyelia Unit Kolaborasi Sumber Balai Polis Pantai bersama Sjn Mazlan bin Abd Hamid, Kpl Norhuda binti Selamat dan L/kpl Mohd Nor Shahril bin Abd Wahid telah hadir mengendalikan kaunter pameran dan penerangan tersebut. Seramai 15 orang pengunjung di Bangsar Village Pekan Telawi telah berkunjung ke kaunter tersebut.

Program bertujuan untuk menunjukkan kehadiran Polis di tempat tumpuan disamping merapatkan hubungan dua hala antara masyarakat dan PDRM. Seterusnya, memberikan pengetahuan tentang tips-tips pencegahan jenayah dan pendedahan aspek keselamatan serta langkah-langkah wajar dalam menjaga keselamatan diri, harta benda kepada pengunjung dengan mengedarkan risalah berkaitan pencegahan jenayah.

Dalam program ini turut diperkenalkan sistem e-Reporting dan aplikasi VSP (Volunteer Smartphone Patrol) iaitu merupakan inovasi PDRM yang bertujuan untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau membuat aduan. Pelbagai maklumat dan maklum balas turut diperoleh daripada orang awam berkaitan jenayah yang berlaku terutama disekitar kawasan Pekan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Pada keseluruhannya, program yang dijalankan ini telah mencapai objektif dan matlamatnya dalam usaha memberi kesedaran dan pemahaman berhubung pentingnya pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan jenayah dan juga komitmen dalam memastikan kadar jenayah dapat diminimumkan bagi mewujudkan suasana kehidupan yang selamat, aman dan kondusif. Program ini telah berjalan lancar dan telah berakhir dengan jayanya pada jam 4.00 petang.

 

SUMBER: POLIS BRICKFIELDS

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut