TUN ALI RASMIKAN KEJUARAAN PENCAK SILAT DUNIA 2022

AYER KEROH, 26 Julai – Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung selama enam hari di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, membuka tirai secara rasminya, malam ini. Lafaz perasmian kejuaraan edisi ke-19 itu disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Penaung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA).

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT), Datuk Seri Probowo Subianto dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Hadir sama, Penasihat Kehormat PESAKA, Datuk Seri Najib Razak; Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, Presiden PESAKA, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin dan lain-lain kenamaan.

Terdahulu, acara perasmian itu dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen ke dalam arena, disusuli dengan ucapan Datuk Wira Megat Zulkarnain selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk dan Pelaksana kejohanan. Acara diteruskan dengan ucapan oleh Datuk Seri Probowo sebelum Tun Mohd Ali menyempurnakan lafaz perasmian dan gimik pelancaran. Perasmian itu turut dimeriahkan dengan persembahan dan perlawanan khas kepada tetamu yang hadir.

Untuk rekod, Kejuaraan Silat Dunia 2022 bakal menampilkan 500 pesilat dari 40 buah negara bagi merebut gelaran juara dunia. Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah India, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan, Mesir dan Amerika Syarikat.

Untuk edisi kali ini, kem negara mensasarkan tujuh pingat emas daripada 36 pesilat dalam 32 acara yang disertai. Cabaran negara akan diketuai juara dunia tiga kali Al Jufferi Jamari dan pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi Siti Rahmah Mohamed Nasir.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut