PREMIS MAKANAN KOTOR DIGEMPUR PENGUATKUASA PELESENAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)

DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-undang)

Pada 26 Julai 2022, Pegawai Penguatkuasaan Pelesenan MBPP telah mengadakan pemeriksaan mengejut di Daerah Barat Daya dan mendapati 3 daripada 4 buah premis makanan dengan sengaja telah mengabaikan aspek kebersihan asas.

Berikutan itu, 3 buah premis makanan tersebut telah diarahkan oleh MBPP supaya menutup operasi perniagaan dan diwajibkan melaksanakan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh.

Antara penemuan yang dikesan dalam pemeriksaan ini adalah :
• najis tikus
• meletak makanan mentah kurang dari 20cm dari paras lantai
• mengalirkan sisa basuhan kotor/minyak ke dalam parit awam
• perangkap “grease” tidak diselenggara dengan baik

Ini akan memberikan impresi buruk dan kesan yang negatif terhadap pengendalian masakan. Oleh yang demikian, pengusaha premis makanan adalah dinasihatkan supaya tidak berkompromi dengan aspek kebersihan dan sentiasa menyelenggara premis dengan sempurna agar kualiti penyediaan makanan terjamin.

 

Sumber Rujukan :  Majlis Bandaraya Pulau Pinang & Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut