DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 8: KESELAMATAN RAKYAT (Penguatkuasaan Undang-Undang)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Program Safety Awareness and Focused Advocacy for Road Users bertajuk โWebinar Bersama Membudayakan Keselamatan Jalan Raya, Penunggangan Yang Selamatโ secara atas talian pada 26 Julai 2022.
Program ini merupakan kolaborasi bersama PLUS Kubang Semang dan disertai oleh para pelajar Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh. Pihak penganjur telah menjemput dua orang penceramah bagi menyampaikan taklimat berkaitan iaitu YBrs Tuan Adenan bin Md lsa, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang dan YBrs En Nor Shamsul bin lsmail, Ketua Unit Trafik dan Keselamatan PLUS BERHAD.
Diharap penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan supaya pengguna jalan raya terutama golongan belia sentiasa peka terhadap isu keselamatan dan peraturan jalan raya yang berkuatkuasa semasa.
Sumber rujukan :