





Tarikh: 22hb Julai 2022 (Jumaat)
Masa: 08.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Kolam Takungan Banjir Sri Johor
JPS WPKL merancang untuk melaksanakan aktiviti KUDAH setiap bulan sepanjang tahun 2022. Aktiviti kedua KUDAH dan aktiviti gotong royong membersihkan dataran sungai di sekeliling kawasan Kolam Takungan Banjir Sri Johor telah dilaksanakan dan juga telah dirasmikan oleh Tn Hj. Mohd. Azmin bin Hussin, Pengarah JPS WPKL. Seramai 30 kakitangan JPS WPKL (termasuk SMART dan PLSK) telah menyertai aktiviti ini. Sebanyak 105kg sampah dan ranting-ranting telah berjaya dibersihkan.
Tahniah diucapkan kepada penyelaras program, Bahagian Pengurusan Sungai dan Sungai JPS WPKL serta pasukan urusetia KUDAH Bil 05/2022 iaitu dari Bahagian Mekanikal dan Elektrikal, JPS WPKL atas kejayaan meneruskan usaha KUDAH ini.
Semoga usaha ini dapat diteruskan seperti dirancang
Sumber : JPS WP KUALA LUMPUR