Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022

Labuan – 26 Julai 2022 – Pengerusi Perbadanan Labuan, YB Senator Haji Bashir Haji Alias telah menyempurnakan Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah 2022. Program ini adalah merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan, dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.
Seramai 19,000 penduduk dari kumpulan B40 di WP Labuan bakal menerima manfaat ini selama tempoh enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM399,000.00.
Setiap penerima manfaat subsidi ini mewakili 1 keluarga adalah terdiri daripada Warganegara Malaysia yang akan diberikan kupon untuk digunakan semasa membeli ayam dan telur di 18 kedai rakan strategik dan peniaga ayam di Pasar Sentral. Kupon tersebut adalah subsidi berjumlah RM3.00 bagi pembelian ayam segar dan RM0.50 sen apabila membeli sekurang-kurangnya 10 biji telur ayam. Contohnya bagi sekilo ayam dijual pada harga RM15.90 maka dengan subsidi ini, penerima kupon hanya perlu membayar RM12.90 iaitu pengurangan RM3.00.
Sumber : Perbadanan Labuan

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut