HEBAHAN DASAR KESELAMATAN NEGARA MELALUI SEMINAR PSIKOLOGI KESIHATAN (PSYCHE 1.0): HENTIKAN BULI!


KUALA NERUS, 26 JULAI 2022


 

Pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah menyertai satu pameran sempena Seminar Psikologi Kesihatan (PSYCHE 1.0): Hentikan Buli! Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 yang telah diadakan pada 24-25 Julai 2022 bertempat di Hotel Raia Terengganu. Seminar ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dengan kerjasama Persatuan Psikologi Pantai Timur (PSITIM).

Melalui penyertaan ini, pihak MKN Terengganu telah berjaya menyebarkan dan berkongsi maklumat berkaitan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dengan menekankan konsep Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama. Melalui penglibatan ini, peserta-peserta seminar dan orang awam dapat memahami mengenai konsep keselamatan negara ini.

Pada masa yang sama, Pengarah JKNT, Datuk Dr. Kasemani Embong turut melawat booth MKN Terengganu dan mendapatkan penjelasan mengenai nilai-nilai teras yang digariskan dalam DKN 2021-2025. Matlamat MKN Terengganu menyertai program yang dianjurkan oleh setiap jabatan dan agensi di negeri adalah bertujuan untuk menyalurkan majlumat berkaitan Dasar Keselamatan Negara agar masyarakat setempat memahami serta dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan negara.

 

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut