KURSUS ASAS ORIENTERING TAHAP 1 PERINGKAT WP KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, Bukit Kiara, 24 Julai 2022- Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Negeri Selangor (PROSEL).

Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan sukan orienteering di kalangan komuniti setempat, teknik penggunaan alat, teknik membaca peta dan penganjuran kejohanan sukan orienteering.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 29 orang peminat sukan orienteering yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan jantina.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL, En. Lim Chow Kiat.

#JBSWPKL

Sumber : JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JBSWPKL

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut