KENAIKAN ELAUN PEGAWAI SYARAK DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT

SERI NEGERI 25 Julai – Kadar kenaikan elaun bagi Pegawai Syarak Melaka akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, selain menyantuni rintihan dan keluhan masyarakat umum, kerajaan turut prihatin terhadap institusi-insitusi agama Islam seperti masjid dan surau yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, sumbangan saguhati khas kepada Pegawai Syarak seluruh Melaka keseluruhannya adalah berjumlah RM82,550.

“Suka saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini akan ada perkhabaran gembira yang telah lama dinantikan oleh Pegawai Syarak seluruh Melaka. Perkhabaran ini berkaitan kenaikan kadar elaun Pegawai Syarak masjid melibatkan jawatan imam, bilal dan noja yang akan saya umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Adly Zahari (Amanah – Bukit Katil) pada Persidangan Ketiga Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Jumlah kenaikan elaun itu dijangka membabitkan seramai 338 imam termasuk imam jumud, 147 bilal dan 133 noja serta 315 pengurus jenazah wanita.

Setakat ini, elaun bulanan bagi imam 1 adalah sebanyak RM880, imam 2 adalah sebanyak RM870, bilal sebanyak RM310, sementara itu noja dan pengurus jenazah wanita masing-masing menerima elaun RM200 sebulan.

 

SUMBER: MELAKA HARI INI

#DKNmy

Artikel/Berita Terkini

PENDUDUK BANTAH ‘PROJEK HARAM’ PUSAT PERLINDUNGAN ANJING LIAR

Sebuah pusat perlindungan anjing liar didakwa dibina secara haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di tanah rizab kerajaan di …
Maklumat Lanjut

PENIAGA RUGI RM677,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD

Seorang peniaga makanan sejuk beku di Nilai mengalami kerugian lebih RM677,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan perniagaan atas talian dipercayai …
Maklumat Lanjut

PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT (CBSM) BERSAMA IPD JELEBU

3 Julai 2025: Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah …
Maklumat Lanjut