Hari ini merupakan hari terakhir YBhg. Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio-ekonomi DBKL berkhidmat di DBKL.

Seluruh warga kerja DBKL mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Haji Anwar di atas khidmat bakti dan jasa yang telah disumbangkan sepanjang 34 tahun berkhidmat di DBKL. Kami mendoakan semoga YBhg. Datuk kekal sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Petang tadi telah diadakan sesi lambaian perpisahan kepada beliau oleh pentadbiran DBKL di Lobi Menara DBKL 1.

YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur serta pengurusan tertinggi dan warga kerja DBKL hadir ke sesi tersebut.

Dia cekal hadapi cabaran
Dia sabar tempuhi rintangan
Disiplin diri jadi keutamaan
Dia terus menginspirasi
Dia terus memotivasi
Dia …
Datuk Haji Anwar bin Mohd Zain
SUMBER: DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR