INISIATIF JPN MELAKA BANTU MASYARAKAT

REMBIA 21 Julai – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka mengambil inisiatif mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Bersama Pemimpin Masyarakat di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini.

Inisiatif yang bermula pada bulan lalu itu dilakukan sebagai usaha memastikan saluran maklumat dan perkhidmatan dapat disalurkan secara terus kepada rakyat menerusi wadah program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR).

Program pertama yang dianjurkan JPN Melaka ialah di Kompleks JAPERUN Duyong pada 23 Jun lalu dan seterusnya di Kompleks JAPERUN Rembia hari ini (21 Julai).

JPN Melaka dalam kenyataan memaklumkan, selain menyampaikan maklumat kepada rakyat, program turun padang itu juga menawarkan pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter khidmat nasihat tentang dokumen pengenalan diri, kaunter bergerak bagi permohonan atau gantian kad pengenalan dan pameran dokumen palsu.

“Program seperti ini akan diadakan pada setiap bulan di setiap DUN bagi memastikan penyampaian maklumat dan perkhidmatan JPN Melaka disampaikan terus kepada penduduk setempat,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, program yang diadakan di Kompleks JAPERUN Rembia mendapat sambutan baik daripada penduduk kampung.

Selain mendapatkan khidmat nasihat, penduduk juga memanfaatkan hari bertemu pelanggan itu untuk membuat gantian kad pengenalan yang telah rosak.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut