FESTIVAL ASAM PEDAS MELAKA. SINGGAH LERRR!!!!

BANDAR HILIR 21 Julai – Festival Masakan Warisan Melaka (FMWM) 2022 bakal mencatatkan rekod baharu ke dalam Malaysia Book of Record.

Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, penganjurannya bakal memecah rekod bagi kategori penyediaan masakan asam pedas teramai iaitu seramai 250 orang.

Menurutnya, banyak lagi acara menarik disediakan sepanjang tiga penganjuran FMWM yang bermula esok di sepanjang Jalan Kota Melaka.

“Selain penyediaan asam pedas teramai, pengunjung berpeluang memenangi lebih 25 hadiah berupa barangan elektrik yang disediakan sempena acara cabutan bertuah,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyertai program Bicara@Muzium: Seni Bina Kubu Pertahanan Melayu yang dihadiri seramai 120 peserta dekat Muzium Rakyat Jalan Kota.

Lebih 50,000 orang dijangka memeriahkan penganjuran FMWM kali ke-13 tahun ini.

Sementara itu mengenai program Bicara@Muzium hari ini, kata Akramuddin, pihaknya akan mengedarkan risalah kepada pelajar dari pelbagai peringkat mengenai pengetahuan kewujudan kubu lama yang terdapat di Melaka.

Sumber: Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut